invisible hit counter Simptom, Punca & Makanan Untuk Sakit Perut – Jomer zing

Simptom, Punca & Makanan Untuk Sakit Perut

Bagi individu yang selalu mengalami sakit perut, terdapat makanan untuk sakit perut yang perlu diamalkan untuk mengelakkan keadaan ini berlaku.

Pengambilan makanan yang tidak terkawal boleh mengakibatkan datangnya pernyakit dan ini termasukah sakit perut.

Mengenai Sakit Perut

Sakit perut ialah sakit atau ketidakselesaan yang berlaku di bahagian perut iaitu kawasan di hadapan badan antara rusuk dan tulang pelvis.

Seseorang yang mengalami sakit perut akan berasa kekejangan, pedih ulu hati, atau rasa menikam di dalam perut.

Kesakitan akibat sakit perut boleh menjadi ringan atau teruk, muncul dan hilang secara tiba-tiba, dan boleh bertahan untuk masa yang singkat atau lama.

Sakit perut sering terjadi akibat gangguan organ dalaman perut seperti perut, pankreas, hempedu, hati, limpa, usus dan buah pinggang.

Simptom Sakit Perut

Antara simptom sakit perut antaranya adalah:

  • Kencing yang kerap dan menyakitkan
  • Kesakitan abdomen
  • Muntah
  • Kesakitan yang tahan lama
  • Penyahhidratan

Punca Sakit Perut

Terdapat punca-punca sakit perut seperti:

  • Ketakcernaan (indigestion)
  • Sembelit
  • Virus perut
  • Keracunan makanan,
  • Alahan makanan
  • Angin
  • Intolerans laktosa
  • Batu ginjal

Makanan Untuk Sakit Perut

Antara makanan yang dinasihatkan untuk diambil semasa sakit perut adalah:

i) Chamomile

Sejenis tumbuhan herba yang mempunyai bunga putih kecil merupakan ubat tradisional untuk sakit perut.

Ianya boleh dilakukan dengan membancuh chamomile kering ke dalam teh atau mengambilnya secara terus sebagai makanan tambahan.

Selain itu, ia juga biasa digunakan dalam suplemen herba untuk melegakan senak, gas, kembung perut, dan cirit-birit, serta kolik pada bayi.

    ii) Pudina

    Menurut kajian, pudina boleh membantu mengurangkan individu yang mengalami sakit perut.

    Letakkan sedikit daun pudina ke dalam teh panas atau ambil kapsul minyak pudina setiap hari selama sekurang-kurangnya dua minggu boleh mengurangkan sakit perut, gas dan cirit-birit.

    iii) Halia

    Halia berserta akarnya adalah ubat semula jadi yang biasa digunakan untuk merawat gejala sakit perut.

    Ianya boleh dimakan secara mentah, dimasak, direndam dalam air panas, atau sebagai makanan tambahan.

    Selain itu, ibu hamil ada masalah sakit perut ketika mengalami morning sickness juga boleh ambil halia sebagai makanan sampingan.

    iv) Buah Betik

    Buah betik yang mengandungi papain, enzim yang kuat yang dapat memecahkan protein dalam makanan yang anda makan, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam dan diserap.

    Kajian mendapati dengan kerap mengambil buah betik dapat mengurangkan sembelit dan kembung perut pada orang dewasa.

    v) Biji Rami

    Biji rami ialah biji kecil berserat yang boleh membantu mengawal pergerakan usus dan melegakan sembelit dan sakit perut.

    Ianya boleh membantu mengawal pergerakan usus dan melegakan sembelit seseorang.

    vi) Makanan tinggi pro-biotik

    Makanan tinggi probiotik mempunyai bakteria yang baik untuk usus anda dan boleh membantu membetulkan ketidakseimbangan ini dan mengurangkan gejala gas, kembung perut atau pembuangan air besar yang tidak teratur.

    Antara makanan yang boleh diambil adalah seperti yogurt, buttermilk, dan lain-lain.

    Indo Lanjut

    Info lanjut mengenai sakit perut, sila layari pautan https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/selsema-perut/sakit-perut/.

    Baca juga: Sakit Perut Sebelah Kanan, Punca #8 Paling Bahaya!

    About admin