Kerajaan Negeri Johor mengumumkan cuti peristiwa negeri itu pada 28 April (Isnin) susulan kejayaan mara ke final Piala FA.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam muat naik di Facebook memaklumkan cuti tersebut sebagai tanda penghargaan kepada para penyokong Harimau Selatan.
Jelas beliau, pengisytiharan cuti berkenaan mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Onn turut mengharapkan sokongan padu penyokong JDT pada aksi final itu nanti.

Cuti Peristiwa Johor 25 Ogos Sempena Piala FA 2025
Berikut dikongsikan kenyataan rasmi oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkenaan cuti peristiwa di Johor pada 28 April sempena Piala FA 2025 :
Syukur Alhamdulillah. Tahniah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 menentang Sri Pahang pada Sabtu ini, 26 April 2025.
Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, dengan ini Kerajaan Negeri Johor memutuskan untuk mengisytiharkan hari Isnin, 28 April 2025, sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh rakyat Johor sebagai tanda sokongan padu dan penghargaan terhadap pencapaian cemerlang pasukan JDT.
Menjunjung setinggi-tinggi kasih Duli Yang Amat Mulia Tunku atas visi, perancangan dan usaha luar biasa dalam menjadikan JDT sebuah kelab bola sepak berprestij, bukan sahaja di Malaysia, bahkan kini disegani di rantau Asia.
Dengan empat gelaran Piala Malaysia dalam tangan pada musim 2017, 2019, 2022 dan 2023, misi kejuaraan kelima kini di depan mata. Ayuh seluruh penyokong Harimau Selatan, kita banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, bagi memberikan sokongan penuh dan menjadi pemain ke-12 untuk perlawanan ini. Semoga kemenangan milik pasukan JDT!
Dan jangan lupa, ayuh kita terus gegarkan Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad, 27 April 2025, jam 8.00 malam dalam satu sambutan penuh gilang-gemilang untuk “Chapter 2: The 11”. Mari kita hadir beramai-ramai, kibarkan bendera biru merah, dan raikan pasukan kebanggaan kita, Johor Darul Ta’zim.
AYUH JOHOR! AYUH JOHOR! LUASKAN KUASAMU JOHOR!
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Sumber: Onn Hafiz Ghazi
Baca juga: