invisible hit counter Program Road To Gold: Senarai Atlet Terkini – Jomer zing

Program Road To Gold: Senarai Atlet Terkini

Bagi merealisasikan impian mencipta atlet pertama menggapai pingat emas Olimpik, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan telah mengumumkan pelancaran program khas “Road to Gold” (RTG).

Untuk program ini, kerajaan telah menyenarai pendek senarai atlet berpotensi untuk memenangi pingat emas pada temasya Olimpik Los Angeles 2028.

Mesyuarat rasmi pertama Jawatankuasa Road to Gold telah diadakan dan memutuskan beberapa perkara penting termasuk mengenal pasti atlet-atlet yang berpotensi memenangi pingat emas Sukan Olimpik Olimpik Los Angeles 2028.

Untuk makluman, Sukan Olimpik edisi berikutnya pada 2028 menyaksikan Los Angelese bakal menjadi tuan rumah.

Artikel berkaitan: Sukan Olimpik 2024: Lokasi, Tarikh, Logo, Maskot

Kriteria pemilihan

RTG ialah kemudahan yang dicipta untuk membantu menyediakan sokongan tambahan untuk atlet yang akan menyertai Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Memandangkan atlet yang disenaraikan dalam program Road to Gold ini akan mempunyai insentif, program dan latihan khas, maka pemilihannya sangat ketat dan mesti memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan kerajaan.

Antara kriteria ditetapkan adalah atlet tersebt mestilah pemenang pingat temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dan keduanya, tersenarai dalam ranking 10 terbaik dunia.

Kriteria tambahan atlet podium sedia ada yang menunjukkan pencapaian cemerlang dan wajar diberikan pertimbangan oleh Jawatankuasa RTG.

> Tunjukkan sokongn anda kepada atlet Malaysia dan dapatkan baju Olimpik Malaysia

Senarai atlet RTG

Seramai 13 pemain badminton negara dari keseluruhan 16 atlet tersenarai dalam projek Road to Gold (RTG) dalam pemburuan pingat emas pertama di pentas Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Senarai terbaru atlet dalam program ‘Road to Gold’ (Laluan Menuju Emas) yang dikemas kini oleh Kementerian Belia dan Sukan menyaksikan 13 dari keseluruhan 16 atlet yang tersenarai dari sukan badminton.

Berikut merupakan senarai terkini atlet Road to Gold (RTG):

Atlet lelaki:

  1. Aaron Chia
  2. Chen Tang Jie
  3. Goh Soon Huat
  4. Goh Sze Fei
  5. Lee Zii Jia
  6. Man Wei Chong
  7. Nur Izzuddin
  8. Soh Wooi Yik
  9. Tee Kai Wun
  10. Muhammad Shah Firdaus Sahrom
  11. Mohammad Aniq Kasdan

Atlet wanita:

  1. M. Thinaah
  2. Pearly Tan
  3. Shevon Jemie Lai
  4. Toh Ee Wei
  5. Nurul Izzah Izzati

Justifikasi pemilihan atlet Road to Gold

Atlet-atlet yang tersenarai dalam program Road to Gold (RTG) ini telah dipilih berdasarkan justifikasi yang disenaraikan dalam jadual di bawah:

atlet road to gold

    Walau bagaimanapun, atlet yang telah disenaraikan ini pada bila-bila masa sahaja boleh dikeluarkan daripada program ini sekiranya prestasi mereka merudum dan tidak konsisten sehingga berlangsungnya temasya Olimpik Los Angeles 2028 kelak.

    Atlet-atlet lain yang tidak disenaraikan dalam program Road to Gold tetapi sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik tetap akan menerima pelbagai insentif dan imbuhan bagi membolehkan mereka mencapai prestasi tertinggi menjelang temasya yang dianjurkan 4 tahun sekali itu.

    About admin